CATATAN PERJALANAN 2
HOLLAND - LUXEMBOURG - SWITZERLAND - FRANCE - SPAIN - ITALY - AUSTRIA - GERMANY
1 –23 JULAI 2004
KhairulAnwar, NorAzni serta anak-anak: SyazwanKhairi, NurSyuAidah, LailaSyaza, ImranHafizuddin dan HafizulFaiz
Edinburgh, Scotland
Sabtu 1 Mei 2004
Edinburgh, Scotland.
Pagi Ahad, tak seperti selalunya samada ingin ke car boot sale atau shopping mingguan lauk/groceries, pagi tu semuanya ceria kerana hari yang ditunggu tunggu untuk perjalanan ke benua Europe akan bermula. Ini merupakan perjalanan kali ketiga. Perjalanan pertama kami ke europe ialah pada tahun 1997. Waktu itu kami hanya menjelajahi beberapa negara sahaja iaitu France, Belgium, Holland, Luxemborg dan Swistzeland selama 10 hari. Perjalanan kedua kami ialah pada tahun 2003 ke negara Scandinavian dan pulang melalui Germany dan Holland.
Kami sibuk menyusun semua barang yang perlu dibawa di dalam kereta. Kali ini barangan yang banyak dibawa ialah makanan. Sekitar jam 12 tengahari semuanya telah siap dan bersedia. Setelah meninggalkan kunci rumah dirumah seorang kawan, kami memulakan perjalanan dari East Clapperfield pada pukul 2.15 petang.
Edinburgh - Newcastle
Perjalanan melalui jalan A68 dari Edinburgh ke Newcastle memakan masa lebih kurang 2 jam. Anak-anak meluahkan rasa tidak sabar untuk menaiki ferry dan tiba di tempat persinggahan pertama di Amsterdam yang ada menyediakan theme park secara percuma! Kami tiba di Royal Quay pada pukul 4.45 petang. Oleh kerana kami agak lewat dan kebanyakan kenderaan lain sudah memasuku kapal, kami pun terus memasuki kapal tanpa menunggu lama. Di atas ferry Duke of Scandinavia kami ditempatkan di kabin bernombor 503 dan 513. Setiap kabin mempunyai 3 katil. Tepat pada pukul 5.30 petang ferry tersebut memulakan perjalanan merentasi Nordsee (North Sea) ke Amsterdam. Pada pukul 7.00 petang anak-anak mengikuti treasure hunt yang dikendalikan oleh Vicky the Pirates di atas dek 5 ferry tersebut. Azni mengalami pening kepala dan mabuk laut kerana ombak yang agak kuat.
Ahad 2 Mei 2004
Holland
Ijmuiden - Lisse - Wassenaar
Bagaikan mengejar mimpi, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Tepat pada pukul 9.35 pagi, kami mendarat dari perut ferry Duke of Scandinavia ke bumi Eropah sekali lagi. It is a beautiful day, say Khairi. Kami memulakan perjalanan dari Ijmuiden port ke arah Lisse. Di Lisse kami singgah di flower farm terbesar di Europe. Kebetulan kami terjumpa tempat yang pernah kami singgahi dahulu pada tahun 1997. Kebanyakan flower farm tersebut terletak ditepi jalan sahaja dan ramai pengunjung yang berhenti untuk mengambil gambar terutama di kebun tulip.
Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan ke Wassenaar, tempat perkhemahan (camsite) pertama kami. Kami tiba disana pada pukul 12.20 pm. Tempat perkhemahan tersebut terletak di kawasan Duinrell theme Park yang menyediakan berbagai permainan. Pertama sekali anak-anak pergi mandi di Tikibad (swimming pool) selama 2 jam. Selepas itu, kami semua pergi bermain di Ferris wheels, boat ride, train ride, merry go round, etc. By the time everybody was tired and the theme park is about to close at 5 pm.
Malam itu kami berehat sambil menikmati hidangan yang dimasak oleh Azni. Penginapan kami adalah mobile home yang lengkap dengan tempat memasak, sofa, meja makan, bilik tidur dan bilik air. Saya dan Azni membuat plan untuk perjalanan keesokan harinya sambil anak-anak menulis catatan dalam travel note book mereka.
Isnin 3 Mei 2004
Wassenaar - Den Haag - Rotterdam - Anterwepen - Mechelen - Bruxelles - Namur -Arlon Merch - Larochette (Luxembourg)
Rancangan kami pada pagi itu adalah untuk bermain di theme park sebelum memulakan perjalanan ke Luxembourg pada waktu tengahari. Kami bertolak dari Duinrell paada tepat pukul 12.40 tengahari. Tidak banyak masalah dalam perjalanan kerana jalanraya dan lebuhraya yang agak baik di Holland dan Belgium. Tambahan pula tunjukarah yang diberikan oleh eurocamp banyak membantu. Kami tiba di Camping Larochette pada pukul 7.15 pm dan melalui perjalanan sejauh 259 miles.
Selasa 4 Mei 2004
Luxembourg - Metz - Strasbourg - Basel - Bern - Interlaken
Kami hanya tidur semalam sahaja di Camping Larochette. Hari itu kami akan meneruskan perjalanan ke Switzerland. Kami bertolak pada pukul 9.48 pagi menuju ke arah Luxembourg, ibu negeri Luxermbourg. Nasib tak begitu baik kerana tersilap jalan dan terperangkap dalam kesesakan di Luxermbourg. Meneruskan perjalanan ke arah France, melalui lebuhraya Metz-Strasbourg. Kena bayar toll 8euro. Berhenti makan di Wasellone, singgah di bandar Colmar, rupanya tak lah macam Colmar Tropicale kat Malasyia tu. Dari Strasbourg menuju ke arah Bern, membeli toll sticker dengan harga 4o SFranc. Meneruskan perjalanan dalam hujan lebat yang menghalang pemandangan tasik dan gunung-ganang di Switzerland. Tiba di Camping Manor Farm, Interlaken pada pukul 7.15 petang. Perjalanan sejauh 340 miles hari tersebut amat memenatkan.
Rabu 5 Mei 2004
Interlaken, Swiss Alps
Hari itu kami merupakan hari untuk kami berehat dan berjalan disekitar Interlaken. Hujan mengahalang kami untuk melihat pemandangan indah kawasan pergunungan yang bersalji. Singgah sebentar di pekan Interlaken untuk membeli sovenir dan poskad. Balik untuk makan tengahari Petangnya dari Interlaken, kami ke Stechelberg dan Ginderwald. Kami merancang untuk menaiki gondola (cabel car), tapi memutuskan untuk tidak berbuat demikian kerana harganya terlalu mahal dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Snow turun di sekitar Ginderwald. Kemudiannya kami ke Lauterbrunen. Salji turun dengan lebat dikawasan sekitarnya.Tak sangka ada snow pada musim panas. Malamnya kami berehat dan merancang untuk perjalanan seterusnya.


Khamis 6 Mei 2004
Interlaken - Spiez - Zweisimmen - Martigney - Chamonix Mont Blanc - Albertville- Grenoble - Valance
Pagi itu hujan amat lebat. Kami memetuskan untuk meneruskan perjalanan ke arah France. Setelap siap kami pun bertolak pada pukul 9.09 pagi. Snow turun disepanjang perjalanan. Dengan jalan yang bengkang -bengkok di tepian pergunungan kami meneruskan perjalanan meredah ribut salji. Sesekali berhenti untuk mengambil gambar. Meninggalkan Swiss Alps menuju ke French Alps, tiada pilihan lain selain melalui jalan penuh liku. Behenti makan di Martigney. Meneruskan perjalan menerusi tepian gunung Charmonix Mont Blanc, melalui Col De La Forclez dengan ketinggian 1561 kaki dari paras laut dengan penglihatan yang amat terbatas kerana kabus tebal. Akhirnya kami sampai ke Albertville dan meneruskan perjalanan menuju France dalam cuaca yang terang dan melalui lebuhraya. Sangkaan kami akan sampai lebih awal rupaanya silap. Kami terperangkap di kesesakan lebuhraya bandar Grenoble. Meneruskan perjalanan dan tiba di Valance, France ketika senja hampir menjelang. Jauh perjalanan ialah 283 miles.
Jumaat 7 Mei 2004
Valance, French Alps
Sabtu 8 Mei 2004
Valance - Orange - Nimes- Montpelier - La Jonqera - Figueres - Palamos - Playa d'Aro
Bertolak dari Valance pada awal pagi (7.39 pagi). Perjalanan hari itu agak jauh tetapi kebanyakannya melalui lebuhraya, melalui Orange, Nimes dan Montpelier. Tiba di sempadan Spain melaui La Jonquera. Dari lebuhraya kami keluar ke Figueres. Jumlah toll sepaanjang perjalanan ialah 32 euro. Singgah di supermarket Champion untuk membeli makanan. Harga barangan agak murah berbanding dengan UK. Tiba di Camping International d'Calonge, Playa D'Aro pada pukul 3.45 petang. Perjalanan hari tersebut adalah sejauh 362 miles. Petang tersebut anak-anak pergi mandi di swimming pool. Malamnya kami menghabiskan masa bermain monopoly.
Ahad 9 Mei 2004
Playa d'Aro & St Felix, Costa Brava Spain
Costa Brava merupakan kawasan percutian yang selalu dikunjungi pelancong British. Terletak lebih kurang 100 miles ke utara Barcelona. Paginya kami ke local market di St. Felix. Membeli sayur, ikan dan buahan dengan harga yang amat murah. Sinngah sebentar di pekan Playa D'Aro dengan pantainya yang panjang. Balik ke campsite dan pergi semula mandi di swimming pool. Berehat pada malamnya untuk meneruskan perjalanan keesokannya. Baru satu pertiga perjalanan yang kami lalui.
Isnin 10 Mei 2004
Playa d'Aro - Figueres - Perpignan - Montpelier - Nimes - Frejus
Selasa 11 Mei 2004
Frejus, St. Raphael & St Algulf, Cote D'Azur French Riviera
Rabu 12 Mei 2004
Frejus - Cannes - Monaco - Monte Carlo - Genova - Livorno - Pisa - Firenze - Figline Vardano
Khamis 13 Mei 2004
Tuscany
Jumaat 14 Mei 2004
Figline Vardano - Forli - Ravenna - Lido di Spina - Venezia - Lido di Jesolo - Punta Sabioni

Sabtu 15 Mei 2004
Punta Sabioni, Lido di Jesolo, Ca Savio, Cavalino
Ahad 16 Mei 2004
Venezia (Venice)
Isnin 17 Mei 2004
Punta Sabioni - Jesolo - Treviso - Cittadella - Bassano - Valstagna - Bolzano - Brenner - Innsbruck
Selasa 18 Mei 2004
Naterer See, Stubai Glacier, Innsbruck

Rabu 19 Mei 2004
Innsbruck - Fernpass - Kemten - Ulm - Stuttgart - Bad Liebenzell
Khamis 20 Mei 2004
Bad Liebenzell (Black Forest) - Amsterdam
Jumaat 21 Mei 2004
Amsterdam

Sabtu 22 Mei 2004
Ijmuiden, Amsterdam - Newcastle, UK
Ahad 23 Mei 2004
Newcastle - Edinburgh, UK