Catatan perjalanan ini dibuat agar dapat dibaca semula suatu hari kelak apabila anak-anak kami telah besar. Inilah antara impian kami, untuk membawa anak-anak menjelajahi sebahagian daripada Norway, Sweden, Denmark, Germany dan Holland. Moga ini semua jadi panduan yang baik bagi mereka, bahawa hidup kita mesti ada impian. Dan kita harus berusaha untuk merealisasikan sebuah impian, bukan sekadar dengan wang, tapi kesungguhan, ketabahan, kesabaran dan keyakinan untuk berjaya.
Khairul, Azni serta anak-anak: Khairi, Aidah, Laila, Imran dan Faiz, menaiki kereta dari
Edinburgh, Scotland
Khamis 12 Jun 2003
Petang hari sebelum memulakan perjalanan.
Edinburgh, Scotland.
- Menyusun semua barang yang perlu dibawa ke dalam kereta. Barangan utama yang dibawa ialah makanan, peralatan untuk berkhemah, maklumat perjalanan, peraturan memandu di Scandinavia dan peta.
- Mengisi minyak kereta dan memasang pelekat pada lampu hadapan kereta
- Menyemak barangan lain yang diperlukan yang belum dimasukkan ke dalam kereta.
Jumaat 13 Jun 2003
Bagaikan Mengejar mimpi
Edinburgh Newcastle - Kristiansand
- Bagaikan mengejar mimpi, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Bukan setakat anak-anak je yang tak sabar, mak dan ayahnya pun sama jugak.
- Bersiap untuk bertolak: Azni menyediakan makanan bermasak, saya menyiapkan makanan sejuk beku di dalam cooler box untuk dibawa.
- Mempastikan semua keperluan telah siap dan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan baik.
- Bertolak pada pukul 11.30 pagi.
- Melalui jalan A68 ke arah Newcastle. Sekadar nak cuba jalan yang berbukit sebelum perjalanan yang bergunung di Norway.
- Perjalanan diteruskan walaupun kemungkinan gearbox kereta ada mengalami sedikit masalah. Ada bunyi ciiiiittt sikit bila terlebih tekan minyak.
- Tiba di Port of Tyne, Royal Quay pada pukul 2.15 petang.
- Setengah jam kemudian dan pun berada di atas ferry Princess of Scandinavia
- Memasuki kabin: 2 kabin bersebelahan, setiap kabin mempunyai empat katil. Biliknya okey, bilik air dan tempat mandipun berdekatan.
- Melihat bahagian dek luar dan atas (swimming pool). Aidah dan Laila nak mandi di swimming pool tapi tak ada siapa yang nak jaga.
- Makan malam di kabin.
- Tidur awal kerana penat dan segera terlelap dibuai ombak laut Nord See (North Sea)
- Taklah jauh perjalanan kereta hari tu, cuma 110 miles
Sabtu 14 Jun 2003
Cabaran Norge
Kristiansand Oslo Jessheim - Elverum - Trysil
- Bangun awal (6 pagi) pagi untuk melihat matahari terbit. Dah tinggipun matahari sebab matahari terbit pukul 2 pagi.
- Dataran Norge (Norway) mula kelihatan. Berasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi Norway. Teringat zaman persekolahan sewaktu belajar Geografi Dunia berkenaan Norway yang terkenal dengan fiod (fjord) dan glasiernya.
- Bersiap untuk mendarat di Kristiansand
- Berurusan di kaunter Imigresen. Tiada sebarang masalah.
- Menjejakkan kaki buat pertama kali di Norway. Bergambar di papan tanda Wellkommen til Kristiansand.
- Memandu disebelah kanan dan lampu kereta mesti sentiasa dihidupkan: menuju kearah Oslo melalui jalan E18.
- Berhenti berhampiran zoo Kristiansand untuk makan pagi + tengahari.
- Pemandu di Norway nampaknya terlalu sabar dan memandu dengan perlahan. Rumah di Norway pula kebanyakankannya diperbuat daripada kayu.
- Banyaknya terowong sampai tersilap kira.
- Khairi bertanya kepada penjaga di plaza tol bagaimana untuk menyebut terima kasih dalam bahasa Norway : too stog macamtulah agaknya bunyinya.
- Banyaknya tol plaza.. setiap tol.. 20 kroner
- Mengisi Blyfril (Petrol).
- Melintasi bandar Oslo. Meneruskan perjalanan kearah Hamar dan Elverum untuk ke country cottage yan kami tempah di Trysil
- Faiz menangis dan kami berhenti di Jessheim sebuah bandar kecil lebih kurang 20 km dari Oslo. Membeli barang di RIMI supermarket, berselahannya ada kedai runcit orang Islam.
- Meneruskan perjalanan ke Trysil. Tiba di Trysil Centrum Benzin Station untuk mengambil kunci pada pukul 7.40 petang.
- Tiba di Trysilfjellet dan cottage 20 minit kemudian.
- Makan malam. Azni masak tomyam udang Norway.
- Tidur lewat walaupun penat. Semua gembira.
- Jauh juga perjalanan hari tu: 340miles, lambat sampai sebab drive slow dan banyak Automatis Trafis Control.
Ahad 15 Jun 2003
Mengantur Rancangan
Trysilfjellet
- Berehat menhilangkan kepenatan perjalanan hari pertama
- Melihat lihat disekitar cottage yang diperbuat daripada kayu pine sepenuhnya.
- Berjalan disekitar Trysilfjellet
- Merancang perjalan yang seterusnya berdasarkan pengalaman perjalan hari pertama.
- Ke pekan Trysil yang agak sunyi pada petang hari minggu. Kesemua bangunan diperbuiat daripada kayu.
- Menyediakan makanan bermasak untuk dibawa esoknya.
- Tidur awal kerana merancang untuk memulakan perjalanan awal pagi esoknya.
Isnin 16 Jun 2003
Ke Utara di Penghujung Bumi
Trysil Roros Storen Trondheim - Grong
- Bagun pada pukul 5 pagi, tak adalah awal sangat dan bersiap untuk memulakan perjalanan ke arah Nord Norge.
- Bertolak pada pukul 5.30 pagi ke arah Trondheim. Selepas berhenti untuk minum pagi di tepi tasik, anak-anak tidur semula. Melalui bandar Roros dan Storen.
- Hampir kehabisan minyak. Mengisi minyak di sebuah pekan kecil.. Nasib baiklah ada duit kroner.
- Tiba di Trondheim pada pukul 10 pagi. Berjalan disekitar centrum (City centre). Bangunan kayu kebanyakannya.
- Meneruskan perjalanan kearah utara. Berhenti di kawasan rehat untuk makan tengahari.
- Menikmati pemandangan Norway yang dipenuhi hutan pine, tasik, fjord dan gunung yang masih bersalji. Asyik berhenti untuk mengambil gambar.
- Berhenti di kawasan perkhemahan CampingPlus di Langnes, Grong.
- Mendirikan khemah.
- Anak-anak bermain trampolin besar.
- Kebanyakan rumah di Norway ada trampolin besar.
- Berehat di khemah, memanaskan lauk dan makan malam.
- Tidur. Agak sejuk, suhu sekitar 7 darjah celsius.
- Jauhnya perjalnan hari tu ialah 352 miles
Selasa 17 Jun 2003
Hari Tanpa Malam
Grong Mosjoen Mo i Rana Polarisikelandet Mo i Rana - Svengnidal
- Bertolak pada pukul 6.30 pagi setelah bersarapan pagi mee segera beserta udang besar.
- Tiba di Mosjoen pada pukul 9.15 pagi. Mengisi petrol dan meneruskan perjalan lagi ke arah Mo i Rana.
- Tiba di Polarisikelandet (Artic Circle) pada pukul 4.00 ptg. Berehat dan makan tengahari. Bermain dan mengambil gambar disekitar kawasan yang masih bersalji.
- Bertolak balik pada pukul 5.30 petang ke arah Mo i Rana semula.
- Tiba di kawasan perkhemahan Svengnidal pada pukul 9.40 mlm. Hari masih siang dan matahari masih bersinar terang.
- Memdirikan khemah dan memasak. Kawasan perkhemahan berhampiran sungai dan berlatarbelakangkan gunung-ganang yang bersalji. Memasak di kitchen yang disediakan.
- Makan malam berlaukkan masak lemak cili api udang.
- Melihat matahari tengahmalam (midnight sun) dan bergambar pada pukul 12.20 malam.
- Tidur di khemah pada suhu 5 darjah celsius. Anak-anak kesejukan dan tidur didalam kereta. Kami tidur di khemah kerana duvet yang kami pakai mampu menahan sejuk.
- Jarak perjalanan ialah 372 miles.
Rabu 18 Jun 2003
Jauh Perjalanan yang tak terfikirkan
Svengnidal Mosjoen Steinjker Stordal Tydal Sylan Roros - Trysil
- Bertolak pada awal pagi untuk pulang ke cottage di Trysil
- Membeli 3 kilo udang lagi di supermarket REMA di Steinkjer
- Melalui Storjdal dan melaui jalan pintas ke arah Roros.
- Perjalanan yang terlalu jauh dengan keadaan jalan yang melalui gunung ganang.
- Anak-anak tidur-bangun-tidur-bangun-tidur dan bangun balik.. abahnya masih jugak tak sampai-sampai lagi
- Tiba di Trysil pada pukul 9 mlm. Kepenatan. Jarak perjalanan ialah 460 miles.
Khamis 19 Jun 2003: Berehat
Trysilfjellet
- Menghabiskan hari dengan berehat di cottage.
- Hujan dan agak berkabus
- Anak-anak bermain permainan yang disediakan di rumah tersebut.
- Bersiap untuk perjalanan esoknya untuk meninggalkan Norway menuju ke Sweden.
Jumaat 20 Jun 2003: Sverge
Trysil Lutnes Torsby Vanesborg - Trolhattan
- Mengemaskan cottage untuk check out
- Menhantar kunci di Benzin Station
- Rasa masih belum puas menjelajah Norway, tapi meneruskan perjalanan ke arah Sverge (Sweden) juga seperti yang dirancang.
- Memasuki Sweden melalui Lutnes.
- Melihat rumah di sweden yang diperbuat daripada kayu yang seakan rumah orang melayu di malaysia dan mempunyai beranda yang diperbuat daripada kayu.
- Singgah untuk makan tengahari berhampiran padang golf di Sunne. Meneruskan perjalanan ke arah Kalstard dan Gotenborg.
- Tiada tol untuk jalanraya seperti yang ada di Norway.
- Merupakan cuti umum, mid summer holiday. Hampir kesemua kedai tutup termasuklah turist byra (tuorist information).
- Berkhemah di Stenroset Camping, Trolhattan.
- Banyak nyamuk dan agas (midges).
- Fasiliti yang baik termasuk tempat permainan, memasak dan tempat untuk makan.
- Jarak perjalanan ialah 274 miles
Sabtu 21 Jun 2003
Memandu Ke Dasar Lautan
Trolhattan Gotenborg Malmo Copanhagen - Koege
- Bangun awal pagi. Bersiap untuk meneruskan perjalanan ke arah Gotenborg.
- Berjalan disekitar Nordstan di Gotenborg, gedung membeli belah terbesar di sweden.
- Restaurant di tulis restaurang.
- Hampir kesemua kedai tutup kerana cuti umum.
- Tiada Swedish kroner untuk membayar parking fee. Terpaksa mengeluarkan wang menggunakan mastercard.
- Meneruskan perjalan ke arah Malmo. Singgah selama 2 jam di Malmo sentrum.
- Meneruskan perjalanan ke arah Denmark.
- Melalui Oresund Bridge yang merentasi lautan yang mesisahkan Sweden dan Denmark. Kena bayar tol 225 kroner. Mahalnya.
- Oresund Bridge ini tamat di tengah lautan dan bertukar kepada terowong dibawah lautan. Terbayang bahawa ada lautan dan air diatas terowong.
- Mencari kawasan untuk berkhemah 30 km dari Copanhagen yang kesemua mahal.
- Berkhemah juga akhirnya setelah kepenatan mencari tempat tinggal.
- Jarak perjalanan ialah 308 miles
Ahad 22 Jun 2003 : Copanhavm, Danmark
Koge Copanhagen Kolding - Flensburg
- Bersiap untuk ke Copanhagen. Hari minggu tetapi banyak kedai yang membuka perniagaan seperti biasa.
- Menghabiskan berjalan 3 jam di Copanhagen Centrum.
- Susah untuk keluar dari bandar Copanhagen kerana tiada tunjuk arah (sign board) untuk keluar ke jalan utama atau highway.
- Melaui Great Belt Bridge. Kena tol lagi 240 kroner.
- Meneruskan perjalanan ke arah Kolding dan Flensburg.
- Memasuki Germany berhampiran Flensburg.
- Tiba awal di Jarplund campingplaz.
- Menyiapkan khemah, memasak dan berehat.
- Anak-anak terus bermain kerana banyak tidur dalam kereta semasa perjalanan.
- Fasilti campsite yang baik dan owner yang peramah walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris.
- Jarak perjalanan ialah 260 miles
Isnin 23 Jun 2003: Gut Morgen
Flensburg Hamburg - Postdam
- Selamat pagi. Gut Morgen macam kata Aidah yang belajar bahasa German kat sekolah.
- Bersiap untuk ke Hamburg. Melalui A7 ke arah Kiel-Hamburg.
- Tiba dibandar Hamburg yang panasnya seperti Kuala Lumpur.
- Membeli barang keperluan di LiDL
- Meneruskan perjalanan ke arah Berlin (yang dahulunya di German timur)
- Kenderaan yang melalui highway semuanya laju, termasulah lori trailer. Hadlaju maksima ialah 130 km/j.
- Tidak menemui camping site yang dicari,
- Meneruskan perjalanan kearah Berlin dalam hujan ribut.
- Mencari campingsite di Postdam. Tiba di Glindow see campingsite, Werder pada pukul 8 mlm.
- Menyewa kabin (bung ga low : kata orang German yang tak tau berbahasa Inggeris tu. ) dengan harga 26 euro. Kalau camping 21 euro. Selesa juga kabin tu sebab ada kitchen. Cuma malangnya tak ada toilet dan bilik air dalam rumah.
- Tidur lenalah kami malam tu kat bung-ga-low sebab dah 4 malam tidur di khemah.
- Jarak perjalanan ialah 395 miles
Selasa 24 Jun 2003: Ujian di Berlin
Postdam Berlin Postdam
- Bangun lewat
- Berehat dan bersiar-siar di sekitar pekan kecil Werder
- Melihat kebun epal dan cherry. Membeli cherry dengan harga 2.25 euro sekilo..murahnya.
- Ke Berlin yang jauhnyanya 50 km dari tempat penginapan kami. Bandarnya terlalu besar dan teramat sibuk. Cuaca pula agak panas. Bersiar-siar dan cuba mendapatkan maklumat tapi tidak menemui information centre. Juga tidak memahami maklumat yang tertulis di papan kenyataan kerana semuanya dalam bahasa German.
- Gearbox kereta menghadapi masalah dalam kesesakan bandar Berlin. Membuat keputusan untuk terus balik ke Postdam. Memandu kereta dengan perlahan hingga sampai di Highway. Meneruskan perjalanan untuk balik ke tempat penginapan.
- Bimbang dengan keadaan kereta. Merancang bagaimana untuk menghabiskan 3 hari yang terakhir sebelum pulang ke U.K
- Jarak perjalanan ialah 80 miles
Rabu 25 June 2003
Dari Berlin ke Amsterdam
Postdam Hannover Oonasbruck - Amsterdam
- Bertolak pada pukul 9.54 pagi
- Tak lupa untuk membeli 2 kilo cherry
- Mengisi minyak dan membeli keperluan makanan
- Kereta menghadapi maslah gearbox sekali lagi dan hanya boleh dipandu perlahan
- Berhenti di stesen minyak elf, Werder
- Mendapatkan bantuan rescue service
- Bersiap untuk tinggal di hotel yang akan disediakan oleh pihak rescue service
- Bila rescue service tu datang dan cuba memandu uji kereta kami, kereta tu dah tak ada masalahpun.
- Membuat keputusan untuk pulang 2 hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya dan bercadang memandu terus ke Amsterdam, Holland untuk pulang ke UK
- Bertolak dari Werder pada pukul 2.15 petang melalui highway menuju Hannover
- Selepas melepaso Onasbruck, berhenti di tempat rehat autobahn (highway) selama 2 jam
- Meneruskan perjalanan pada pukul 10 mlm.
- Memasuki Holland dan melintasi Amsterdam
- Tiba di Ijmuiden, Amsterdam pada pukul 2.00 pagi.
- Tidur di dalam kereta menunggu hari siang.
- Anggaran jarak perjalanan ialah 400 miles
Khamis 26 June 2003:
Ijmuiden - Newcastle
- Bersarapan pagi di tempat letak kereta terminal ferry DFDS di Ijmuiden. Memasak dalam kereta menggunakan camping-gaz.
- Berurusan dengan DFDS berhubung pertukaran tarikh balik. Kami bernasib baik kerana masih ada kekosongan.
- Memasak lauk dan Makan tengahari di tempat yang sama.
- Bersiap untuk menaiki ferry, menunggu agak lama kerana kami tiba terlalu awal
- Berada di dalam ferry Prince of Scandinavia.
- Semuanya berasa gembira untuk pulang kerana kami rasakan telah terlalu lama meninggalkan UK
- Berehat dan makan
- Tidur lena kami malam itu kerana tidak dapat tidur selesa didalam kereta pada malam sebelumnya.
Jumaat 26 Jun 2003: Tiba juga akhirnya
Newcastle - Edinburgh
- Bangun pagi untuk melihat dataran semasa ferry menghampiri Newcastle, UK.
- Bersiap untuk mendarat di Newcastle.
- Menjejakkan kaki semula ke UK pada pukul 9.15 pagi
- Berhenti di tempat rehat untuk memasak dan bersarapan pagi.
- Singgah sebentar di strawberry farm untuk fruit picking.
- Tiba di Edinburgh pada pukul 2 petang.
- Semuanya berasa gembira, puas dan kepenatan. Juga bersyukur kerana kami dapat melalui perjalanan tanpa sebarang masalah besar dan dapat kembali dengan selamat ke UK.